Alam Ria PASTI 2011

Persembahan Nasyid dari Pasti WP.

Sukan K4T mengujakan

Temasya sukan khas untuk pelajar-pelajar pasti yang berumur 4 tahun (K4T).

Temasya Sukan Pasti WP 2011

Semua ibu bapa pelajar-pelajar pasti dijemput hadir.

Ahad, 27 Mei 2012

Keluarga PASTI WP bertambah lagi


Pada Sabtu 26 Mei 2012, Lajnah Kebajikan telah menziarahi Cikgu Rabiah Zakariah PASTI Ehsaniah Bandar Tun Razak di kediamannya di Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri.Cikgu Rabiah telah selamat melahirkan anaknya yang ketiga di HUKM Cheras pada 16 Mei 2012 yang lalu. Anak dilahirkan pada jam 10:02 malam dan telah diberi nama Nur Izzah Qairina binti Mohd Mustaqim.

Lajnah Kebajikan hadir bersama Setiausaha MGP, Pn Noridah Mat Noor memberi sedikit sumbangan dan ucapan tahniah. Cikgu Rabiah akan berehat dikampung ibunya di Kelang sehingga beliau kembali untuk mengajar.

Tahniah Cikgu Rabiah, semoga dengan kehadiran anak yang ketiga ini akan menambahkan lagi kebahgiaan dan keberkatan hidup dari Allah swt.


Nur Izzah Qairina
Setiausaha MGP, Cikgu Noridah menyampaikan sumbangan kepada Cikgu Rabiah (kiri)


Sabtu, 19 Mei 2012

Lawatan Sambil Belajar ke KL Bird Park Malaysia (PASTI Ar-Raudhah dan PASTI Al-Aulad)


Pada 19 Mei 2012, PASTI Ar-Raudhah dan PASTI Al-Aulad telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Burung Kuala Lumpur. Seramai 35 Orang pelajar dan 3 Orang Guru dari PASTI Ar-Raudhah yang diketuai Sdr. Mohd.Nurfadhil Ya'cob (Setiausaha DPPBTR) bersama-sama 31 Orang pelajar dan 4 Orang Guru yang diketuai Cikgu Noridah Mat Noor (PASTI Al-Aulad).

Lawatan ini bermula dari 9.00Pagi ~ 1.00Petang. Lawatan ini membolehkan anak-anak pasti membina sikap positif, bertanggungjawab,cintakan flora dan fauna dan yang paling utama dapat melihat kebesaran الله sepertimana FirmanNYA yang bermaksud; "Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada الله. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran الله ) bagi orang-orang yang beriman.~Surah An-Nahl : 79"

Cikgu Noridah & Cikgu Azimah mengatur pelajar sebelum bertolak.

Dah sampai..... "KL Bird Park"

"Macam-macam spesis burung ada di sini" ~ Cikgu Yati bersemangat menerangkan kepada anak-anak PASTI. 




Antara spesis-spesis burung yang ada....


Berhenti berehat dan makan setelah penat berjalan...('',)


Cikgu Azie, Cikgu Yati  dan Cikgu Nor (PASTI Ar-Raudhah)

Sdr Fadhil dan anak-anak PASTI teruja dikelilingi Nuri..Seronoknya!!!


video

Kata Pepatah..."Bagaikan Merak Yang Indah Bulunya Namun Tidak Mampu Terbang Ke Angkasa"

“Dan apakah mereka tidak memerhatikan burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahan ( di udara ) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.” ~ Surah Al-Mulk :19

"Semoga dengan lawatan ini dapat memberikan pengalaman dan ilmu berguna kepada anak-anak PASTI 
serta menjadikan mereka insan yang sentiasa bersyukur سبحان الله

Khamis, 17 Mei 2012

Perutusan Hari Guru dari YB Nurul Izzah

Guru idolaku
Guru sumberku
Guru inspirasiku
Guru mengajaraku
Guru adalah aku
‘SELAMAT HARI GURU’


Tanggal 17 Mei 2012 ketika semua pelajar PASTI sedang sibuk menjawab peperiksaan pertengahan tahun yang terakhir.

Tiba-tiba terdengar ketukan pintu oleh seseorang. Lantas pintu ku buka alangkah terkejutnya apabila melihat seseorang yang bergelar YB hadir dihadapanku. Tergamam sejenak mata bertentang mata. Adakah aku sedang bermimpi?

Tak ku sangka ada juga insan yang disegani hadir di Pasti Assofi. Tak lain dan tak bukan beliau adalah Yb Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Membawa bersamanya sejambak bunga dan sebuah frame perutusan Hari Guru. Perutusan ini buat semua guru-guru daripada Yb.

Dirimu Diumpamakan Lilin
Membakar Diri Menyinari Insan Lain
Dikaulah Pendidik Pendokong Anak Bangsa
Tiada Ucapan Lain Yang Mampu Diucapkan
Terima Kasih Cikgu 
 SELAMAT HARI GURU

Walaupun pertemuan seketika cuma tetapi amat bermakna bagi kami warga Pasti Assofi. Hilang sudah kepenatan menghadapi ragam pelajar di dalam peperiksaan bila bertemu denganYb.

Terima Kasih kepada YB & yang hadir.


YB Nurul Izzah & Cikgu Noni

Frame Perutusan untuk semua guru-guru

Sejambak bunga dari YB Nurul Izzah